Lima pemain Malaysia yang setia dengan satu pasukan.

 Perpindahan pemain bola sepak adalah menjadi satu lumrah untuk dunia bola sepak masa kini.kita susah nak lihat pemain yang setia dengan satu pasukan. antara sebab perpindahan mungkin inginkan cabaran yang baru atau kerana tawaran wang ringgit untuk menjadikan seseorang pemain itu sebagai jutawan.tetapi dalam sejarah bola sepak terdapat beberapa pemain yang setia untuk berkorban apa sahaja untuk sesuatu pasukan.ini dia lima pemain one man club pada era tahun 2000 untuk versi pemain tempatan.

Tempat ke 5 adalah Eddy helmi manan yang bermain bersama johor FC dari 2001 sehingga 2012. beliau di anggap one men club kerana kesetiaannya bersama johor FC selama 12 tahun. walaupun selepas 2012 beliau ada berpindah  ke kelab lain. tetapi beliau tetap di anggap one man club kerana selepas tahun 2012 johor FC telah di ambil alih oleh tmj dan di ubah menjadi jdt yang dikenali sekarang. semasa bersama johor FC beliau melakukan 175 perlawanan dan menjaringkan 35 goal sepanjang carier beliau di sana.

tempat ke 4 adalah Victor Andrag yang bermain bersama kedah fa dari 2002 sehingga 2010. ketika bersama kedah beliau berjaya memenangi beberapa piala. termasuk piala treble dua musim berturut turut pada tahun 2007 dan 2008. beliau jugak menjadi salah seorang captain bg skuad kedah ketika itu. sebab beliau menjadi captain adalah di sebabkan perpindahan pemain pemain kedah seperti akmal rizal dan fauzi nan.

tempat ke 3 adalah ashari samsudin the silent killer. beliau telah bersama terengganu dari 2005 sehingga kini. walaupun semasa musim 2017 beliau telah berpindah ke pahang tetapi musim berikutnya beliau telah kembali ke terengganu. ketika beliau bersama terengganu. beliau telah memenangi piala Fa pada tahun 2011 dan memenangi kasut emas pada musim 2010. untuk skuad kebangsaan. beliau telah membantu harimau malaya ketika memenangi aff suzuki pada tahun 2010 dan menjaringkan salah satu goal di final.



tempat ke 2 adalah seorang lagenda dari pahang fa iaitu jalaludin jaafar. beliau adalah seorang defender terhebat yang pahang pernah lahirkan. beliau yang bermain bersama pahang dari tahun 1997 sehingga 2015 telah memenangi semua kejuaraan yang di pertandingkan di malaysia. piala terakhir yang telah beliau memenangi adalah piala malaysia pada tahun 2014 dengan mengalahkan jdt dengan penentuan sepakan penalti.

tempat pertama tidak asing tidak bukan adalah badrol bakhtiar dari kedah darul aman. beliau yang bersama pasukan kedah dari tahun 2005 sehingga kini telah memenangi kesemua piala yg di pertandingkan di liga malaysia. antaranya kejuaraan trable pada tahun 2007 dan 2008. walaupun sekarang sudah menjangkau umur 32 tahun. tetapi beliau masih menjadi pemain utama dalam skuad kenari itu. ketua pasukan kedah ini telah bermain sebanyak 296 perlawanan dan telah menjaringkan 112 goal untuk kedah.