Lima pasukan yang memenangi piala malaysia paling ramai.

Piala Malaysia adalah satu piala tertua di asia tenggara ini. ini adalah pasukan yang telah memenangi kejuaraan paling banyak dalam bola sepak malaysia.


tempat ke 5 yang memenangi piala malaysia paling banyak adalah pulau pinang dan pahang yang berkongsi 4 kejuaraan. untuk pulau pinang kali pertama memenangi kejuaraan pada tahun 1953. kali terakhir mereka memenanginya adalah pada tahun 1974. manakala untuk pahang pula menjadi juara untuk kali pertama adalah pada tahun 1983 dan kali terakhir adalah pada tahun 2014 dengan mengalahkan pasukan jdt.


tempat ke 4 adalah kedah darul aman dengan 5 kejuaraan. pasukan ini memenangi buat kali pertama adalah pada tahun 1996. kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 2016. pada musim 2007 dan 2008 kedah mempunyai skuad emas mereka. dan pada ketika itu kedah memenangi kejuaraan trable dua musim berturut turut termasuk memenangi piala malaysia pada musim tersebut.


tempat ke 3 adalah perak the bos gauruss dengan 8 kejuaraan. pasukan perak memenangi buat kali pertama pada tahun 1926 dan kali terakhir mereka memenanginya pada musim 2018. musim 2018 itu adalah antara final terhebat piala malaysia yang pernah rakyat malaysia saksikan dengan kemenangan perak keatas terengganu dengan penentuan sepakan penalti.


tempat ke 2 adalah pasukan dari seberang tambak johor iaitu singapura. pasukan ini telah memenangi sebanyak 24 kali piala malaysia. singapura telah memenangi pada tahun pertama piala malaysia di perkenalkan iaitu pada tahun 1921. yang ketika itu piala malaysia di kenali sebagai piala malaya. kali terakhir mereka memenangi piala malaysia ini adalah pada tahun 1994 dengan mengalahkan pasukan pahang ketika itu. pasukan singapore tidak lagi bersama dalam saingan liga malaysia. kali terakhir mereka memeriahkan bola sepak malaysia ketika pada tahun 2015 dan pernah memenangi liga super pada tahun 2013 dengan mengalahkan jdt di tempat ke2 ketika itu.


Tempat pertama adalah pasukan selangor the red giant. pasukan selangor telah memenangi piala malaysia dengan 34 kali. satu jumlah yang cukup banyak untuk dilintas pasukan pasukan lain. kali pertama selangor memenangi piala malaysia ialah pada tahun 1922 ketika mengalahkan pasukan singapura dan kali terakhir mereka memenanginya pada tahun 2015 dengan mengalahkan pasukan kedah di stadium shah alam ketika itu. selangor pernah memenanginya sebanyak 9 tahun berturut turut iaitu pada tahun 1968 hingga 1979.