Lima pemain yang beraksi di luar negara

Sekarang heboh berkenaan isu safawi rashid kembali semula beraksi bersama pasukan jdt setelah tiga bulan di beri pinjaman kepada pasukan yang berpengkalan di portugal. ini dia antara lima pemain yang beraksi di luar negara pilihan admin. 

                                        


Tempat ke 5 wan zack haikal

Wan zack haikal adalah seorang pemain yang bermain di selangor pada ketika ini. Sebelum beliau mewakili selangor. beliau telah mewakili pasukan seperti kelantan, felda united dan pasukan yang berpengkalan di jepun iaitu fc rukyu. Tapi di fc rukyu beliau tidak bertahan lama beliau hanya bermain selama setahun dan menanggung injury yg teruk ketika berada disana.

                                    
                                        

Tempat ke 4 sharil fikri

Shahrel fikri adalah seorang pemain yang bermain di perak ketika ini. Sebelum mewakili perak beliau telah mewakili pknp yang mana semua orang tahu sekarang telah dinamakan semula menjadi perak 2. Ketika mewakili pknp beliau telah di pinjamkan ke kelab yang berpengkalan di thailand. Aku tak boleh sebut nama dia. Kejap lagi esok video ni tak habis. Sebab aku ada masalah percakapan sikit kahkahkahkah


                                            


Tempat ke 3 nazmi faiz mansor

Nazmi faiz adalah seorang wonderkid malaysia pada satu ketika dahulu. Dia telah mewakili skuad bawah 23 tahun pada umur 17 tahun. Dan di kelayakan olimpik tahun 2012 telah menjaringkan goal cantik ketika tewas kepada bahrain.. Dengan goal itu dia berjaya dirisik oleh pasukan yang berpengkalan di portugal iaitu FC beirama. Di sana beliau berhasil menjaringkan 16 goal. Ketika ini beliau bersama kelab johor darul takzim


                                    


Tempat ke 2 hadi fayyad

Hadi fayyad adalah pemain malaysia yang berumur 20 tahun pada ketika ini. Sebelum bersama fagiano okayama yg berpengkalan di jepun. Hadi fayad merupan tonggak utama pasukan jdt 2 sebelum dilepaskan oleh tmj untuk mewakili fagiano okayama. Sebab dia di letakan di no 2 dia antara pemain yang kosisten yang bermain di luar negara tidak seperti nama yang disebut sebelum ini.. Walaupun ramai yang panggil dia kayu jati tp aku pasti beliau akan menjadi seorang penyerang prolifik satu hari nanti.


                                        


Tempat pertama safee sali

Safee sali adalah pemain kelahiran selangor. Pada tahun 2010 malaysia telah menamatkan aff suzuki dengan menjadi juara menewaskan indonesia. Safee sali menjadi penjaring terbanyak ketika itu dengan jumlah sebanyak 5 goal menewaskan pemain import dari indonesia iaitu gonzalez. Setelah kehebatannya ketika aff suzuki beliau telah dirisik oleh kelab pelita jaya yang berpengkalan di indonesia. Ketika beliau di sana beliau menjadi antara tonggak penting untk membantu kelab pelita berjaya. Ketika bersama kelab tersebut safee sali berjaya menjaringkan 27 goal dari 42 perlawanan mengikut wikipedia.